Sunday, 5 March 2017

Perjumpaan PB Expert TLC

Selamat berhujung minggu,

25/2/2017 (Sabtu) meeting untuk CEO dari team TLC diadakan di stokis Shah Alam. syukur Alhamdulillah mentor TLC tak pernah kedekut ilmu. sentiasa sharing macam mana nak berjaya sama naik dengan semua CDM yang dah pun berjaya dalam TLC. FREE je uoll ilmu ni tau. mana nak dapat deknon, tak jumpa la tempat yang nak berjaya dalam bisnes boleh provide FREE COACHING ni. Selagi tak sukses selagi tu la kita ni di beri tunjuk ajar sampai la ke puncak kejayaan.

White Pink gitteew tema Meeting 

happy dapat berkumpul dengan CEO dari pelbagai branch 
fokus dengan task yang diberi mentor 

banyak sangat input yang bermanfaat diberi & insyallah kami semua akan praktikkan. kakjah rasa bertuah bertemu dengan team yang betul. selesai meeting kakjah pun turun ke stokis bawah untuk restock produk viral ni untuk CEO Spore. actually dorang dari SG dah pun turun ke stokis JB tapi frustrated sana out of stock for certain thing. dari jauh dorang turun tapi stock tadaaak. nampak tak betapa laku kerasnya product SHOM ni. pada kakjah takde alasan lagi dah kalau betul nak berjaya dalam TLC ni jangan sekali-kali bagi alasan ramai orang dah jual product ni. lagi ramai jual lagi besar market yang kita ada. sebab well known product kot lagi senang la kita nak buat duit . BETUL KE BETUL?

Product viral deknon, Min kaffe terlajak laku haa, Premium Beautiful sentiasa jadi kegilaan ramai 

bukan ape kitorang ni top up stock macamni sebab rajin sangat licin. tak sanggup nak berhadapan dengan customer nak bagitau barang habis. jadi memang kita standby ready stock ni untuk mini stokis kita sendiri.

Premium Beautiful untuk client Nurse kakjah  
nak dapatkan khidmat dari PBexpert macam kakjah dialu-alukan sangat untuk call direct no kakak 

 h/p: 0127751949






  

Saturday, 18 February 2017

PREMIUM BEAUTIFUL JOHOR

kusssemangaaat

kakjah sendiri tak sanggup nak tengok cermin bila tengok diri kakjah macam ni punya semangat tau.
masa badan kakjah bulat macam ni dulu memang tak suka bershopping sebab nanti nak pilih size seluar susah sangat nak jumpa. at last kite kuciwa. kalau dah try size 30 pun tak jumpe nak kene minta size 32 , eh helo tu kan size lelaki kalau dah pinggang 32 ni size en suami kakjah. tak ko malu nak sebut size tu depan suami? jadi kakjah decide untuk tak buang semua seluar lama tu biarkan kakjah usaha sendiri macam mane nak kuruskan balik badan ni. & Syukur Alhamdulillah kakjah jumpe premium beautiful ni cepat & masa dalam pantang lagi.

simple sangat sarung-sarung je lemak tersusun rapi. pakai minimum 8 jam sehari. kadang-kadang kakjah sarung lebih je dari 8 jam sebab dah rasa selesa sangat sampai tahap taknak tukar baju dalam lain lagi dah.

nampak tak beza peha kakjah dulu dengan sekarang 

kalau korang pakai premium beautiful ni secara konsisten memang tak mustahil boleh dapatkan berat badan yang korang idam-idamkan.

korang ada yang try fitting premium beautiful boleh roger kakjah ye. 

whatsapp : 0127751949

PERMINTAAN PREMIUM BEAUTIFUL MENINGKAT SETIAP HARI


hi uolls

kakjah tak jual premium beautiful ni macam jual tudung ye. kakjah memang teliti dan sangat menjaga keselesaan client yang nak pakai premium beautiful. almaklumlah kita jual barang yang high quality jadi service kena quality juga. bisnes forever bukan nak bisnes sekali je deknon.  perkara paling basic lah kakjah nak kena amik ukuran dulu supaya ngam dengan badan sipemakai . kakjah takkan amik ukuran agak-agak macam beli seluar dekat dalam mall.

ambil ukuran puncak dada 

ukuran puncak dada kita dan bawah dada ni adalah untuk kita dapatkan size baju dalam yang tepat supaya bila pakai long bra, lemak tak terkeluar di belakang badan. 

ukuran bawah dada

lepas ni kakjah akan ambil ukuran pinggang untuk kita dapatkan size waist nipper yang tepat. waist nipper ni part feveret kakjah ok, sebab bila sarung waist nipper ni memang terus rasa kecik pinggang & babat terus hilang sekelip mata haaa. nak kurus cepat memang kena sarung 1 set pb ni supaya lemak semua tersusun rapi. 

ukuran untuk waist nipper

part last sekali ialah untuk ambil ukuran girdle dimana semua wanita kat luar sana naaaak sangat punggung & peha yang kecik. korang wajib sarung girdle premium beautiful ni kalau nak kecik peha. cepat pm kakjah untuk dapatkan harga & size premium beautiful yang menarik ni.

pm kakjah 0127751949 untuk dapatkan harga premium beautiful yang menarik
















PB EXPERT IN SINGAPORE

Hai, lama kakjah tak berkumandang kat sini kan. maaflah kakjah kebizian yang amat sangat tapi kedai kakjah memang tak pernah tutup cuma kakjah belum sempat nak update aktiviti je. last week kakjah visit Singapore, jumpa dengan team hebat dari Singapore . Ya Allah orang Singapore memang best sangat, sporting habis. kakjah sendiri pun tak sangka dalam bz2 ni tiba-tiba dah berkembanmaju dan bertambah ramai PBexpert dari Singapore. jadi orang-orang Spore ni kalau ada yang berkenan nak pakai premium beautiful boleh sangat roger2 pbexpert Singapore ok.pm kakjah laju-laju untuk dapatkan best deal untuk premium beautiful. kita deal sampai jadi.
Team Hebat TLC Singapore 

fokus dengar sharing dari DDM Salina 


hari ni kakjah dah rindu nak visit team hebat ni. Insyallah kakjah akan menyusur lagi ke Spore dalam masa terdekat ni. 

lepas habis business coaching kakjah sempat dibawak pergi makan ke kedai nasi padang paling popular kat sana Kedai Makan Hjh Maimunah. Ikan siakap bakar & siput sedut masak lemak cili padi memng superb ! sampai kak jah teringat-ingat. tak pernah kakjah habis nasi sepinggan penuh tapi bila hadap lauk dia tak perasan nasi dah licin. tapi kakjah sempat sarung premium beautiful masa pergi visit Singapore tu ok. so no need to worry, lemak kakjah tersusun rapi walau makan banyak mane pun. 

after business coaching kitorang singgah makan kat kedai makan hjh maimunah Spore

siap makan SM Noriz tapaukan pulak murtabak Spore, memang takkan terlepas la benda ni. sebab purely dari Spore kan. dah bertahum kakjah memang nak sangat makan murtabak Spore ni tapi tak dapat-dapat. bila dah ade peluang ni tak lengah lah haha.

muke ate senyuum dah kenyang. ok ni while waiting murtabak siap. kitorang wefie dulu depan kedai 
selesai semua ni kitorang nak berjalan balik lalu pulak depan Masjid Most Popular Iconic in Spore iaitu Masjid Sultan. siapa kate takde tempat menarik kat sini haa. ni la rumah Allah yang paling tertarik tau. kalau korang nak datang Spore wajib singgah tempat kakjah inform ni ok.

Masjid Sultan tu YaAllah indah sangat pemandangannya kan 

abaikan tudung kakjah yang terpeleot tu 
ok finally, tak dilupakan jasa baik & juga layanan orang-orang Spore yang sangat baik hati. kakjah rasa sangat selesa dengan rakan-rakan kakjah ni.

dari kanan sekali DDM Salina, kak Neng, Kakjah , SM Noriz, Kak Wati

ok sekian untuk cerita Kakjah visit Spore. insyallah coming kakjah akan update more activity untuk uoll ye. 

Assalamualaikum.





Sunday, 29 January 2017

KANSER PAYUDARA

KANSER PAYUDARA 

KETULAN pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah. Kadar barah payu dara di negara barat seperti Amerika Syarikat adalah satu dalam 10 orang wanita. Di Malaysia kadar barah payu dara juga meningkat mencapai kadar negara maju.
Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:
1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.
Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.
2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.
3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.
4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d’orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.
Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?
1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.
2. Sejarah keluarga – Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree
relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.
3. Sejarah barah – apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.
Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.
4. Sejarah haid dan pembiakan – wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.
5. Pemakanan-pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.
6. Pengambilan hormon – kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.
7. Obesiti – wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.



Berat badan unggul seseorang bergantung kepada ketinggian dan juga rangka badannya. Untuk mengetahui berat badan unggul, seseorang perlulah mengetahui Body mass index (BMI)nya. Formula untuk mengira BMI adalah seperti berikut:
Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (metres) kuasa dua. Julat BMI yang normal untuk wanita ialah 20-24. Sebelum puan mengambil langkah-langkah untuk menguruskan berat badan, puan perlu mengira BMI puan. Jika BMI berada dalam lingkungan yang normal, puan tidak perlu mengurangi berat puan.
Langkah untuk menguruskan badan memerlukan nasihat doktor supaya langkah yang diambil tidak membahayakan kesihatan tubuh badan secara am. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan ialah memastikan tenaga yang diperoleh melalui makanan adalah seimbang dengan penggunaannya.
Jika terdapat berlebihan input, penggunaan tenaga perlulah ditingkatkan seperti senaman untuk membakar lemak lebihan atau pemakanan dikawal supaya tiada lebihan tenaga disimpan sebagai lemak.

fiza nak sharing sikit kebaikan MAGIC CLOTH #premium beautiful  dimana salah satu cara pencegahan awal untuk segala sebab di atas. kita cuma jadikan ASBAB je  inshallah. Nak dapat kan #premium beautiful murah boleh hubungi Fiza. Kite deal harga #premium beautiful offer kaw2 sekarang ni. 

Jangan lupa boleh dapatkan Free Fitting Dengan Fiza untuk cuba kebaikan #premium beautiful ni. 




Wednesday, 25 January 2017

PREMIUM BEAUTIFUL JOHOR

NO MORE SLIP DISC! 

Malam ni kakjah nak share dengan korang pasal slip disc. Sebelum tu tengok dulu testimoni berjaya tentang pesakit skip disc kat bawah ni.

Kakjah faham sangat pada korang yang pernah alami penyakit ni. Ade orang kata kalau time sakit die darang tu rasa macam nak sepak terajang orang ye ek haha. 

Ni lah salah satu kebaikan bila pakai premium beautiful, boleh kurangkan sakit2 belakang. 

Kalau tak percaya boleh cubalah kan. Tak cuba memang tak tau berkesan ke idok. 




Ape tu slip disc??



Pernah kan korang  rasa sakit belakang yang melampau? Menurut kajian 80% orang dewasa pernah mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kebanyakan nya disebabkan oleh aktiviti harian yang lazim dilakukan tetapi dengan cara yang salah.  Kesakitan yang melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas, pergerakan terbatas, otot kaki menjadi kejang dan ketika itu tiada apa yang boleh dibuat untuk menghilangkan kesakitan. Sebelum itu,mari  kita mengenal struktur tulang belakang kita. Tulang belakang manusia terdapat ‘jelly-like structure’ yang dipanggil ‘Disc’. Disc ini berfungsi sebagai kusyen pad atau pelindung diantara tulang-tulang pada tulang belakang. Disc ini stabil kerana terdapat ligament yang tebal disekeliling tulang belakang. 

Slipped Disc adalah satu istilah yang digunakan dalam dunia perubatan terhadap kecederaan yang biasa berlaku terhadap tulang belakang. Secara ringkasnya ‘Slipped Disc’ bermaksud disc pada tulang belakang  terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Selain ‘slipped disc’, gejala ini juga dipanggil ‘Herniated Disc’, Ruptured Disc’ atau PID (Prolapsed Intervetebral Disc). 


Namun begitu, aktiviti harian yang dilakukan dengan cara yang salah juga mampu menyumbang kepada risiko slipped disc antaranya:

 1. Membongkok terlalu lama 
 2. Mengangkat beban yang terlalu berat 
 3. cara mengangkat beban yang salah
 4. duduk atau baring dalam posture badan yang salah
 5. Kecederaan ketika bersukan (cth: mengangkat berat di gym 




Ok jelas ke jelas?

Feel free to contact kakjah for FREE FITTING & FREE ADVICE. 

+60127751949

#premium beautiful 
#premium beautiful johor 
#premium beautiful murah 
#premium beautiful expert 
#premium beautiful classic 
#premium beautiful elegance 

Friday, 20 January 2017

MAHARANI (JAMU AYAM HITAM)

MAHARANI (JAMU AYAM HITAM)

HERBA MAHARANI ( Te Zi Bai Feng Wan)
(Herba kebahagiaan Rumahtangga dan kejelitaan Para Gadis)
Herba Maharani ..
Sejarah Herba Maharani : Sudah menjadi amalan keluarga diraja sejak 400thn dahulu... ini adalah kisah benar dan di dokumenkan di istana larangan Beijing.. I've been there Alhamdulillah.. dapatlah ku saksikan tempat tidur Maharaja yg 'huru hara' itu...hihi!!

Mengikut rekod perubatan dari Dinasti Ming, Bai Feng Wan berasal dari Dinasti Tang. Semasa pemerintahan Dinasti Qing, pakar dari hospital maharaja telah melakukan kajian dan memperbaiki kandungan 'Wuji' (sejenis ayam hitam) Bai Feng Wan , satu produk asli negeri China dan seterusnya melantik Tong Ren Tang sebagai pembekal tunggal kepada kaum kerabat maharaja. Malahan Maharani Ci Xi sendiri mengambil makanan tersebut sebagai penyubur dan awet muda. Seterusnya Tong Ren Tang Te Zi Bai Feng Wan sehingga hari ini telah dipamerkan dalam muzium Istana Larangan di China.

Saya suka sejarah Herba Maharani ni... Sgt hebat.. Maharaja ada 3000 gundik at one time (can u imagine, kalau pun seorang tiap malam (entah tongkat apa dia makan..tatau)- seorang gundik hanya berjumpa Maharaja sekali dalam hampir 10 thn!!). Dan tabib akan memastikan gundik2 ni bjumpa Maharaja di hari-hari yang tidak subur (logik la kan, karang beribu pulak anak Maharaja..hik). Maharaja hanya ada anak ngan Permaisuri jerk. Tapi ada seorang gundik ni, Maharaja mesti mau jumpa dia every week.. dan nama beliau adalah Ci Xi.
Dah tiap minggu jumpa, maka Ci Xi pun mengandung dan akhirnya melahirkan anak lelaki. Semasa anak dia 8 thn, maharaja gering dan mangkat. Oleh kerana anak2 Maharaja dgn Permaisuri semuanya perempuan, maka anak Ci Xi diangkat menjadi Maharaja. Jadi ibu maharaja di panggil Maharani... tu le pasal di panggil Herba Maharani - kerana hasil amalan memakan herba inilah, Maharaja asik dok teringat-ingat je kat dia..huh..

Maharani Ci Xi mangkat di usia 90thn.. dan yg surprisenya, baginda masih lagi didatangi haid. Maksudnya dia tak di mamah usia kerana hormon kecantikan (estrogen) masih lagi tinggi pengeluarannya. Masa mula-mula dengar tu sy macam tak percaya, tp pastu rezeki dapat berjumpa dgn makcik berusia 70thn, masih lagi ada haid.. (dan time tu dia br bernikah dgn jejaka berusia 40-an).. That's prove, kita boleh lambatkan putus haid...

Maharani dpt halal Jakim.. Kandungan maharani ni ditulis - contains 3 animals parts- suspen je kan.. ayam wuji (ayam hitam) utk menyuburkan badan dan rahim , tulang sotong - utk menyembuhkan luka2 dalaman, tanduk rusa- menguatkan buah pinggang,saraf utama & jantung,kekuatan minda, anti penuaan. Kilang maharani berada berdekatan masjid Beijing dan ayam disembelih oleh kariah masjid. hukum makan tanduk rusa sama seperti minum air badak (dr sumbu badak) iaitu harus..
kandungan lain adalah 13 herbs terdiri drpd berjenis2 Radix Panax Ginseng dan keluarganya utk kesihatan keseluruhan..